Sunday 11 September 2011

Boleh kita jadi "SAHABAT" yg baik?????

Rasanya semua insan di dunia ini  pernah memiliki sahabat untuk berkongsi suka-duka, pahit-manis, gelak-tawa,senyum-tangis pasti tersimpan rapi dalam kantung kenangan..
Namun, tidak semua persahabatan bersulam kasih sayang sejati, keikhlasan zahir dan batin mahupun kejujuran yang membaluti diri..
Ya, pasti anda semua pernah rasa manis dan indahnya sebuah ukhwah bersama seorang insan yang bergelar sahabat.. Namun begitu pasti ada yang terluka, terguris,terhimpit, dihimpit, menghimpit dan sebagainya…
Setiap orang pasti mengimpikan sebuah persahabatan yang indah umpama kita mengimpikan seorang teman untuk sehidup dan mati bersama kita..
Tetapi, mampukah kita memilikki sahabat sejati??
Layakkah kita meraih sahabat yang baik??
Baikkah kita??
Berhakkah kita??
Jujurkah kita dalam berbicara dengannya??
Ikhlaskah Kita bersahabat dengannya??
Setiakah kita seandai dia dilanda musibah??
” Aku kasihi sahabatku dengan segenap jiwaku. Sahabat yang baik adalah seiring dengan ku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang. Semakin ramai sahabat semakin aku percaya diri. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur baiknya dalam
suka dan duka. Jika aku dapat , aku ingin setia padanya..” – Iman Shafie..
Seringkali kita terlupa dan terleka akan janji-janji kita pada sahabat kita..Seringkali kita meninggalkannya dikala dia memerlukan kita..
Seringkali kita asyik bercerita tentang kejayaan dan kesengsaraan kita,namun pernahkah kita mendengar luahan dan kegembiraannya??
Seringkali kita meminta agar dia menjadi seorang pendengar yang setia,namun sedarkah kita bahawa kita bukan pendengar yang baik?? Hari-hari dan waktu telah berlalu…
Kenangan-kenangan hanya terlipat sepi di sebalik tirai…
Jelas kita sudah semakin jauh dan berlari meninggalkan sahabat kita dibelakang tanpa menoleh…Waktu telah memamah sirna persahabatan,,,
Andai kita menjadi sahabat yang tidak tahu menghargai jadilah kita orang yang ketinggalan…kenapa? kenapa? dan kenapa?Kerana hidup tanpa seorang sahabat memang tidak bererti…Perlukah kita menghargai kehadiran seorang sahabat disisi?Jawapannya adalah ‘YA’! kerana tanpa seorang sahabat kita tidak mungkin tersenyum..hari-hari yang dilalui mungkin suram..pilu dan sebagainya…
Apa salahnya jika kita hanya merungkai perkataan ” terima kasih kawan! kerana sudi jadi sahabat aku” tidak salahkan? tidak rugi andai diwaktu hari-hari indah seorang sahabat seperti hari lahir atau tatkala ada kejayaan yang digapai oleh sahabat kita, kita hadiahkan sesuatu yang mungkin bisa memberi dia sebuah senyuman…
Namun kita seringkali terlupa dengan nikmat yang Allah telah pinjamkan kita untuk kita seorang sahabat untuk menjadi teman berbicara untuk kita berdakwah untuk kita mencari jalan kebenaran…Kita telah menyalahgunakan kehadiran seorang sahabat… Kita mempergunakan dia, menikam dia dari
belakang, mengambil kesempatan dan mengguriskan hati seorang
sahabat…Inikah yang mampu digelarkan sahabat sejati??
“Tidak sempurna iman seseorang, sehingga dia mengasihi sahabatnya seperti dia mengasihi dirinya sendir”-( HR Al-Bukhari & Muslim)
Wassalam………






nie lagu yang di poskan oleh SHAFIQ AZIZ kapada aku..
haii.. lamekan aku x muncul.. urmmm tuelah.. dulu ada blog yang ramai kawan dok p terminate sape suh... haha.. 
nie dah xda kawan baru sibuk nak memeningkan pale.. nak ngok pon ase malas... lagikan nak update...
but now, aku betol2 dah sunyi giler.. my bestfriend semua dah cau balik university.. aku je yang masih terkapai2 disini sowg2.. hahaahah.. tuelah salah aku jgk blaja main2.. (salah lagi huh)... so aku ase nielah tempat aku nak cocet tiap masa skrg nie..  nie list2 penting yang akan aku buat setiap hari.. hehe..



nie yang PERTAMA: aku kene study tol2 untk STPM taun nie.. supaya aku x ketingalan lagi.. :)..



yang KEDUANYA: aku kena diet.. huhu.. mak aku kate aku makin tembam.. aduhaiiii..... :(


huhu.. nie yang harus aku teliti setiap hari.. supaya aku tidak akan terus dicemuh.. huhu

Saturday 20 August 2011

Coretan hujung mingu

ahhh!!!!!.. mood jiwang plak pagi2 nie... xtaulah nape, xcited sgt kowt nak p singapura lagi.. ahakzs..
tapi ntahlah... xtaulah sejak2 nie memang aq rase aq falling in love.. haha
yeke???? mcm gempak jekan.. tapi ngn sape?..2 xtau... urmm payah... 
she is a nice gurls.. kata hati ini selalu berkata mcm gitu... hahaha
tapi banyak lagi perubahan demi perubahan untuk diri aku yang perlu aku lakukan 
agar aku berjaya dalam hidup yang aku fikirkan banyak cabaran yang lagi dan teramat hebat untuk aku tempuhi....
jadi aku kena berhenti berharap dengan cita-cita cinta aku dulu demi mencapai kejayaan yang aku impikan bersama keluarga aku yang tercinta.. 
jiwa yang kosong ini akan aku isikan setiap ruang bersama keluarga, sahabat2 aku dan juga perjuangan aku bersama masyarakat..
hope one day ada lagi insan2 yang baik untuk aku sayangi.. 

dari subuh aku layan lagu nie.. korunk layan jgklah.. hehe







Aku tak percaya lagi
Dengan apa yang kau beri
Aku terdampar disini
Tersudut menunggu mati
Aku tak percaya lagi
Akan guna matahari
Yang dulu mampu terangi
Sudut gelap hati ini
Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat
Kenapa ada derita
Bila bahagia tercipta
Kenapa ada sang hitam
Bila putih menyenangkan
Haa…
Aku pulang…
Tanpa dendam
Ku terima kekalahanku
Aku pulang…
Tanpa dendam
Ku salutkan kemenanganmu
Woo…
Kau ajarkan aku bahagia
Kau ajarkan aku derita
Kau tunjukan aku bahagia
Kau tunjukan aku derita
Kau berikan aku bahagia
Kau berikan aku derita
Haa…
Haa…
Aku pulang…
Tanpa dendam
Ku terima kekalahanku
Rebahkan tangguhmu
Lepaskan perlahan
Kau akan mengerti
Semua…
Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat

Wednesday 17 August 2011

tentang "HATI INI"



Duhai hati...
Mengapa perlu engkau bersedih?
Mengapa perlu engkau tangisi sesuatu yang sudah bukan lagi milikmu?
Mengapa engkau selalu memikirkan tentang sesuatu yang bukan merupakan hal ehwal urusanmu?
Mengapa engkau selalu mahu menyalahi takdir?
Mengapa engkau selalu sukar menerima hakikat realiti?
Mengapa engkau sukar mengerti dan memahami apa yang sedang berlaku?
Wahai sang hati...
Andai engkau mengetahui betapa hebat aturan-Nya,
Pasti engkau akan sabar pada pukulan pertama di atas badai yang melanda dirimu,
Pasti engkau akan redha di atas setiap percaturan-Nya,
Pasti engkau akan yakin dan percaya akan setiap tindakan-Nya ke atasmu hamba yang lemah lagi hina.
Kadangkala kita terlalu inginkan sesuatu,
Tetapi Dia lebih mengetahui,
Kerana barangkali apa yang engkau suka itu tidak baik bagimu,
Dan barangkali sesuatu yang engkau tidak suka itu baik bagimu,
Hebatnya perancangan Rabbul Izzati.
Aduhai kalbu...
Nalurimu meraung-raung sekuat hati demi menggapai secebis keinginanmu,
Dan apabila kau berjaya untuk mendapatkannya,
Kau jadi lupa kepada yang memberikanmu nikmat itu,
Maka kau layari bahtera yang terumbang-ambing itu demi kepuasan dirimu,
Malangnya tiba suatu masa,
Engkau tersungkur di persada jalanan dek kerana terlalu ghairah mengejar duniawi,
Tatkala itu barulah engkau mula mengenal sang Pencipta.
Jatuh tersungkur itu bukan buat selama-lamanya,
Namun itulah api yang menyemarakkan nyalaan obor hatimu,
Itulah perisai diri yang mula untuk memagari dirimu,
Tatkala itu pasti engkau terkedu seketika,
Betapa pintu pengampunan-Nya masih terbuka luas buatmu.