Sunday 11 September 2011

Boleh kita jadi "SAHABAT" yg baik?????

Rasanya semua insan di dunia ini  pernah memiliki sahabat untuk berkongsi suka-duka, pahit-manis, gelak-tawa,senyum-tangis pasti tersimpan rapi dalam kantung kenangan..
Namun, tidak semua persahabatan bersulam kasih sayang sejati, keikhlasan zahir dan batin mahupun kejujuran yang membaluti diri..
Ya, pasti anda semua pernah rasa manis dan indahnya sebuah ukhwah bersama seorang insan yang bergelar sahabat.. Namun begitu pasti ada yang terluka, terguris,terhimpit, dihimpit, menghimpit dan sebagainya…
Setiap orang pasti mengimpikan sebuah persahabatan yang indah umpama kita mengimpikan seorang teman untuk sehidup dan mati bersama kita..
Tetapi, mampukah kita memilikki sahabat sejati??
Layakkah kita meraih sahabat yang baik??
Baikkah kita??
Berhakkah kita??
Jujurkah kita dalam berbicara dengannya??
Ikhlaskah Kita bersahabat dengannya??
Setiakah kita seandai dia dilanda musibah??
” Aku kasihi sahabatku dengan segenap jiwaku. Sahabat yang baik adalah seiring dengan ku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang. Semakin ramai sahabat semakin aku percaya diri. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur baiknya dalam
suka dan duka. Jika aku dapat , aku ingin setia padanya..” – Iman Shafie..
Seringkali kita terlupa dan terleka akan janji-janji kita pada sahabat kita..Seringkali kita meninggalkannya dikala dia memerlukan kita..
Seringkali kita asyik bercerita tentang kejayaan dan kesengsaraan kita,namun pernahkah kita mendengar luahan dan kegembiraannya??
Seringkali kita meminta agar dia menjadi seorang pendengar yang setia,namun sedarkah kita bahawa kita bukan pendengar yang baik?? Hari-hari dan waktu telah berlalu…
Kenangan-kenangan hanya terlipat sepi di sebalik tirai…
Jelas kita sudah semakin jauh dan berlari meninggalkan sahabat kita dibelakang tanpa menoleh…Waktu telah memamah sirna persahabatan,,,
Andai kita menjadi sahabat yang tidak tahu menghargai jadilah kita orang yang ketinggalan…kenapa? kenapa? dan kenapa?Kerana hidup tanpa seorang sahabat memang tidak bererti…Perlukah kita menghargai kehadiran seorang sahabat disisi?Jawapannya adalah ‘YA’! kerana tanpa seorang sahabat kita tidak mungkin tersenyum..hari-hari yang dilalui mungkin suram..pilu dan sebagainya…
Apa salahnya jika kita hanya merungkai perkataan ” terima kasih kawan! kerana sudi jadi sahabat aku” tidak salahkan? tidak rugi andai diwaktu hari-hari indah seorang sahabat seperti hari lahir atau tatkala ada kejayaan yang digapai oleh sahabat kita, kita hadiahkan sesuatu yang mungkin bisa memberi dia sebuah senyuman…
Namun kita seringkali terlupa dengan nikmat yang Allah telah pinjamkan kita untuk kita seorang sahabat untuk menjadi teman berbicara untuk kita berdakwah untuk kita mencari jalan kebenaran…Kita telah menyalahgunakan kehadiran seorang sahabat… Kita mempergunakan dia, menikam dia dari
belakang, mengambil kesempatan dan mengguriskan hati seorang
sahabat…Inikah yang mampu digelarkan sahabat sejati??
“Tidak sempurna iman seseorang, sehingga dia mengasihi sahabatnya seperti dia mengasihi dirinya sendir”-( HR Al-Bukhari & Muslim)
Wassalam………






nie lagu yang di poskan oleh SHAFIQ AZIZ kapada aku..

1 comment:

  1. sedih actually posting sal sahabat. ntah ler.sakit bila ditikam belakang. sedih sgt. hurmm.

    ReplyDelete